Perbezaan pendapat tentang Arasy Arasy

Di dalam perbincangan para ulama, konteks yang memerihalkan tentang konsep Arasy ini selalu banyak pendapat. Para ulama memperdebatkan apakah Arasy itu suatu nonmateri (bukan fizik) atau materi (fizik). Dalam hal ini ada tiga pendapat utama yang berbeza:

  • Mu'tazilah berpendapat bahawa perkataan Arasy di dalam Al-Quran harus dimaksudkan dan difahami sebagai maksud metaforis (majazi). Jika dikatakan Tuhan bersemayam di Arasy, maka maksudnya Arasy di sini adalah kekuasaan Tuhan. Tuhan merupakan zat yang nonmateri, kerana itu mustahil Dia berada pada tempat yang bersifat materi.
  • Mujassimah pula berlainan pandangan dari pendapat pertama. Menurut mereka, kata Arasy harus difahami sebagaimana adanya. Kerana itu, mereka mengertikan Arasy sebagai sesuatu yang bersifat fizik atau materi. Mereka memiliki fahaman antropomorfisme.
  • Asy'ariyah berpendapat yang menyatakan bahawa Arasy dalam maksud takhta atau singgasana harus diyakini kewujudannya, kerana kitab Al-Quran sendiri memaksudkannya secara demikian.